Friday, July 23, 2010

Salam Ramadhan.

salam ukhuwwah..kembali ke persada blog.setelah sekian lama menyepi diri..banyak sebenarnya cerita nak dikongsi.hampir sebulan agaknya tidak menjenguk blog ini..hmmm..tugasan di ofis biasa2 ajer.maklumlah dasar penjimatan punya pasal..yang menurut perintah ni ngikut ajer laaa..kerja aku sekarang buka tutup fail ajer laaa..simpan2 surat,simpan bil2..tulis2 surat..hahaha.kat rumah plak,melayan karenah anak2 yang semakin lasak dan nakal..hmmm..



Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi..eh.sehari dua lagi laaaa....begitu cepat masa berlalu..tak terkejar rasanya..apa plan untuk Ramadhan tahun ni????semoga dapat buat lebih amal ibadat berbanding puasa2 yang lepas..isk..isk..isk..sejak ada keluarga ni agak terbatas rasanya ruang masa utk wat amalan2 sunat ni...baca Al Quran baru nak sampai dua muka surat ada jer yang kacau...kejap adik nak susu..kejap kakak nak susu..kejap dua beradik tu bergusti2.omak ni jugak yang terhegeh2 settled the matter..bapaknya ssssedap jer goyang kaki nengok berita..do not disturb during the prime time...huhhh..nasib laaa omaknya ni tak suka bebel (motip???)

Semoga Allah beri kekuatan utk hambaNya ini melaksanakan rukun Islam yang ke 3 ni..bukan setakat berlapar dan berdahaga shj tetapi ditambah dengan amalan2 sunat yang lain..semoga puasa yang dilakukan bukanlah puasa yang sia2 shj...SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..SELAMAT BERAMAL IBADAT SEPANJANG BULAN YANG PENUH RAHMAT DAN BERKAT INI..AMEEEN.

Friday, June 4, 2010

Wednesday, June 2, 2010

dunia akhir zaman

4 pelajar lahir anak luar nikah

KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka....( Harian Metro 3 Jun 2010)

apa nak jadi dengan anak2 remaja kita sekarang?siapa yang harus dipersalahkan?tidak takutkah mereka dengan siksa Allah..atau anak2 ini tidak tahu tentang Islam agama yang mereka anuti itu?

Ya Allah jauhi kami dari azab Mu, jadikan lah anak2 kami anak2 yang soleh dan solehah..berkati lah kehidupan kami di dunia dan akhirat..ameen.

Monday, May 31, 2010

cuti..cuti..cuti

wahahahahaaaaa...belog aku ni dah bersawang bagai.ari ni nak ngemas2 skit.lama tak jengok blog sendiri..duk intai2 blog member ajer..ape citer ek???ari jumaat tak g mana2..duk kat umah jer melayan anak2 dan mengemas2 rumah..ada skit ubah suai kedudukan sofa..dah lama duk pesen tu..nak bagi nampak luas skit ruang yang sempit.hmmm..suka sbenarnya ubah2 perabot dalam umah ni..keluasan ruang tamu agak terhad, kena laaa pandai2 susun atur prabot2 yang ada..ruang tamu + ruang makan + ruang kluarga..tambah2 anak2 plak tengah lasak.suka manjat2.utk elak kemalangan2 yang tak dijangka, adalah elok kita luaskan ruang supaya bebas mereka bergerak..dan yang penting, sofa mama tak rosak, kepala, kaki, tangan anak2 mama tak cedera kan,kan,kan..ari sabtu pun kami lepak kat umah lagik sebab kakak aku dari k.trengganu datang ke KL..otw balik k.trengganu, dia mai singgah umah aku..sembang2, makan2,mandi2, lebih kurang kul 7 mlm kakak n famili bertolak balik ke K.T..ari ahad baru laa kami g KL..tak masuk bandar pun, kami g jusco wangsa maju jer..kat situ ada kedai buku MPH .maklum ajer laaa kalau dah cuti ni memang sah2 laaa kat tengah bandaraya KL tuh sesak2 ngan manusia2..cari2 buku yang nak beli, dapatlaaa.utk anak2 pun ada jugak..round2 dalam jusco jap, makan2 pastu balik laaa apa lagik.hmmm...penat jugak.apa taknye, kena mendukung puteraku itu..slalu macam tu, jalan lama skit dia trus wat hal..nak dukung ngan mama jugak.sian mama, dah laa kecik..x mo dukung ngan abah, katanya x best..anak mama betulll!!!!tak dan nak snap gambar, duk mengawal kenakalan puteraku yang asik main kejar2 ngan kakaknya kat dalam kedai buku tu..haru tul laaa.

Wednesday, May 26, 2010

mana menghilang????sms tak berbalas, FB chat tak jawab...tak kemana-mana...ada kat sini..sajer mls nak tekan keypad hanset..mood malas sedang melanda..sebab dah terlampau rajin sejak minggu lepas hingga laa semalam...hahahahahaaaa..nak membebaskan diri dari mood rajin jap..esok pun rasa mcm malas jerk..coz lusa nya cuti wesak..wahhh best2..En. HB dah ajak g KL weekend ni..so jangan lepaskan pluang keemasan ini..bukan nak shopping sakan tau..kami nak g beli buku..kat bentong ni takdok kedai buku yang best..x banyak buku yang best2..PTS Publication ada wat jualan murah buku2 terbitannya weekend ni..insyaAllah kalau sempat nak jugak menyinggah kat gudang buku PTS kat Batu Caves.SUSOH TAU NAK NGAJOK CIK ABE AMBO NI G DERAK KL.KALU DIA DAH AJOK TU HAAA SETUJU AJE LAAAA....JGN BANYAK SONGEH DAN KARENAH YOOO..KANG TAK PASAL2 DIA KANSEL..

Monday, May 24, 2010

....................untitled................

wahhhhhhh...senangnya ati ambo ari ni.semalam bz bangettt..ari ni freeee bangetttt...boleh laaa nak bersenang lenang, mencuci-cuci mata tengok baju2,tudung2 kat kedai online..cuti sekolah akan datang ni ambo skeluarga balik klate..balik pada minggu kedua cuti skolah..duk berangan2 dah nak rembat tudung yang dah lama berkenan di hati..harap2 ada warna dan saiz yang sesuai..hmmmm.kalau tak keciwa laaa ambo..


Thursday, May 20, 2010

terkilan,sedih,kecewa,hampa

hari ni bertugas di kaunter...masa nak naik ke unit kewangan, melalui bilik seorang penyelia.ada seorang ayah, anaknya, penyelia 1 dan penyelia 2..terdengar mereka menyebut pasal kpli.terdetik di hati pastinya tujuan kedatangan pakcik tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan untuk anaknya..mungkin untuk memohon untuk jadi cikgu atau menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..mudahnya kan????pabila mak ayah mengenali seseorang yang berpengaruh untuk menolong mereka memudahkan laluan anak masing2 untuk mengejar cita2 mereka..hati ini menangis...ntah laaa..terlalu mudah tersentuh dalam hal2 guna kabel ni..kalau mak ayahnya cikgu yang ada nama dan pangkat, peluang utk dapat tempat dlm apa2 kursus utk jd cikgu pasti sangat besar..bukan khabar angin yang didengar tapi realiti yang berlaku di depan mata..itu baru cikgu belum lagi jawatan2 lain..golongan yang takde kabel ni hanya bergantung,berharap pada Yang Maha Esa.yaaa..yang pasti kami yakin dengan janji Mu ya Allah..sesungguhnya kami tidak akan sekali-kali jemu berdoa pada Mu.Kami yakini apa yang telah Engkau tetapkan untuk kami adalah yang terbaik buat kami..dan kami amat-amat yakin bahawa ada rahmat dan rahsia di sebalik ketetapan ini...semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur, dan semoga kami bukan tergolong dalam golongan yang kufur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan..Ameeen Ya Rabbal A'lameen.