Thursday, May 20, 2010

terkilan,sedih,kecewa,hampa

hari ni bertugas di kaunter...masa nak naik ke unit kewangan, melalui bilik seorang penyelia.ada seorang ayah, anaknya, penyelia 1 dan penyelia 2..terdengar mereka menyebut pasal kpli.terdetik di hati pastinya tujuan kedatangan pakcik tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan untuk anaknya..mungkin untuk memohon untuk jadi cikgu atau menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..mudahnya kan????pabila mak ayah mengenali seseorang yang berpengaruh untuk menolong mereka memudahkan laluan anak masing2 untuk mengejar cita2 mereka..hati ini menangis...ntah laaa..terlalu mudah tersentuh dalam hal2 guna kabel ni..kalau mak ayahnya cikgu yang ada nama dan pangkat, peluang utk dapat tempat dlm apa2 kursus utk jd cikgu pasti sangat besar..bukan khabar angin yang didengar tapi realiti yang berlaku di depan mata..itu baru cikgu belum lagi jawatan2 lain..golongan yang takde kabel ni hanya bergantung,berharap pada Yang Maha Esa.yaaa..yang pasti kami yakin dengan janji Mu ya Allah..sesungguhnya kami tidak akan sekali-kali jemu berdoa pada Mu.Kami yakini apa yang telah Engkau tetapkan untuk kami adalah yang terbaik buat kami..dan kami amat-amat yakin bahawa ada rahmat dan rahsia di sebalik ketetapan ini...semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur, dan semoga kami bukan tergolong dalam golongan yang kufur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan..Ameeen Ya Rabbal A'lameen.

No comments: