Thursday, April 29, 2010

Raudhatus Sakinah

pernah dengar pasal raudhatus sakinah atau lebih dikenali sebagai RS??.RS merupakan sebuah rumah perlindungan anak2 remaja yang rosak akhlak dan mengandung anak luar nikah.RS dikelolakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).masa akak kerja kat KL dulu, akak aktif dengan JIM ni.tapi malangnya lepas kawen, akak dah lama terputus hubungan dengan aktiviti2 JIM ni...tapi masih setia mengikuti perkembangan2 JIM dan RS melalui email yang dihantar oleh rakan2 JIM Gombak..akak pernah mengikuti beberapa aktiviti yang melibatkan anak2 remaja di rumah perlindungan RS ni..rata2 yang menghuni rumah ini adalah anak2 remaja belasan tahun dan awal 20-an..seingat akak, pernah ada remaja semuda usia 12 tahun yang menjadi penghuni RS.bila kita berada bersama-sama anak2 ini, melihat wajah2 mulus mereka,rasa macam tidak percaya yang mereka boleh terjebak dengan gejala2 sosial dan zina..akibat bahana cinta, nafsu yang tidak terdidik, lemahnya iman, mereka hanyut dengan godaan2 dan keseronokan duniawi..sebahagian besar mereka terlanjur dengan teman lelaki.betapa mudahnya anak2 gadis ini dibuai dengan mimpi2 indah cinta palsu ciptaan mereka..seorang bekas penghuni RS yang telah menjadi anak angkat kepada kakak usrah akak, pernah bercerita bagaimana dia telah terjebak dengan dosa zina ini sehingga dia mengandung anak luar nikah..masa tu dia baru lepas STPM. teman lelakinya adalah orang Sabah yang beragama kristian, tauke kedai judi dan kelab malam..pernah suatu ketika dia ikut bf dia ke kelab malam dengan pakai baju kurung dan pakai tudung..berkenalan tak lama tapi bleh smpai ke bilik tido.dia tahu apa yang dia buat tu dosa tapi kerana chenta dan sayang, dia buat tak tau.bila dah termengandung,lelaki tadi balik sabah...tinggallah dia seorang diri..bila nasi dh jadik bubur, baru laa dia sedar dia telah diperdaya..demi menyelamatkan dirinya, keluarga hantar ke RS. kat RS dia selamat melahirkan bayi lelaki dan bayi tersebut diserahkan kepada keluarga angkat.dia bagitau akak, dia tak boleh tengok anaknya tu dan memang dia tak nak jumpa dengan anaknya itu kerana wajah anaknya itu mengingatkan dia kepada lelaki durjana yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidupnya...banyak tul 'nya' kat ayat tu...budak2 universiti pun ada jugak yang masuk RS.cian tengok mak bapak yang datang menyerahkan anak mereka untuk jagaan RS..itu tahun 2003,2004 dan 2005...sekarang ni lagi laaa macam2 yang berlaku kat anak2 remaja kita.yang lelaki cara lelaki..yang perempuan cara perempuan.takut, gerun dan macam2 lagi perasaan bila memikirkan anak2 sendiri kelak.dapat kah anak2 kita ini menjadi seperti kita laaa sekurang2nya...tidak terjebak dengan perkara2 yang tidak baik.na'uzubillahiminzaalik..

No comments: