salam ukhuwwah..kembali ke persada blog.setelah sekian lama menyepi diri..banyak sebenarnya cerita nak dikongsi.hampir sebulan agaknya tidak menjenguk blog ini..hmmm..tugasan di ofis biasa2 ajer.maklumlah dasar penjimatan punya pasal..yang menurut perintah ni ngikut ajer laaa..kerja aku sekarang buka tutup fail ajer laaa..simpan2 surat,simpan bil2..tulis2 surat..hahaha.kat rumah plak,melayan karenah anak2 yang semakin lasak dan nakal..hmmm..
Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi..eh.sehari dua lagi laaaa....begitu cepat masa berlalu..tak terkejar rasanya..apa plan untuk Ramadhan tahun ni????semoga dapat buat lebih amal ibadat berbanding puasa2 yang lepas..isk..isk..isk..sejak ada keluarga ni agak terbatas rasanya ruang masa utk wat amalan2 sunat ni...baca Al Quran baru nak sampai dua muka surat ada jer yang kacau...kejap adik nak susu..kejap kakak nak susu..kejap dua beradik tu bergusti2.omak ni jugak yang terhegeh2 settled the matter..bapaknya ssssedap jer goyang kaki nengok berita..do not disturb during the prime time...huhhh..nasib laaa omaknya ni tak suka bebel (motip???)
Semoga Allah beri kekuatan utk hambaNya ini melaksanakan rukun Islam yang ke 3 ni..bukan setakat berlapar dan berdahaga shj tetapi ditambah dengan amalan2 sunat yang lain..semoga puasa yang dilakukan bukanlah puasa yang sia2 shj...SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..SELAMAT BERAMAL IBADAT SEPANJANG BULAN YANG PENUH RAHMAT DAN BERKAT INI..AMEEEN.
Friday, July 23, 2010
Friday, June 4, 2010
Wednesday, June 2, 2010
dunia akhir zaman
4 pelajar lahir anak luar nikah
KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka....( Harian Metro 3 Jun 2010)
apa nak jadi dengan anak2 remaja kita sekarang?siapa yang harus dipersalahkan?tidak takutkah mereka dengan siksa Allah..atau anak2 ini tidak tahu tentang Islam agama yang mereka anuti itu?
Ya Allah jauhi kami dari azab Mu, jadikan lah anak2 kami anak2 yang soleh dan solehah..berkati lah kehidupan kami di dunia dan akhirat..ameen.
KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka....( Harian Metro 3 Jun 2010)
apa nak jadi dengan anak2 remaja kita sekarang?siapa yang harus dipersalahkan?tidak takutkah mereka dengan siksa Allah..atau anak2 ini tidak tahu tentang Islam agama yang mereka anuti itu?
Ya Allah jauhi kami dari azab Mu, jadikan lah anak2 kami anak2 yang soleh dan solehah..berkati lah kehidupan kami di dunia dan akhirat..ameen.
Monday, May 31, 2010
cuti..cuti..cuti
wahahahahaaaaa...belog aku ni dah bersawang bagai.ari ni nak ngemas2 skit.lama tak jengok blog sendiri..duk intai2 blog member ajer..ape citer ek???ari jumaat tak g mana2..duk kat umah jer melayan anak2 dan mengemas2 rumah..ada skit ubah suai kedudukan sofa..dah lama duk pesen tu..nak bagi nampak luas skit ruang yang sempit.hmmm..suka sbenarnya ubah2 perabot dalam umah ni..keluasan ruang tamu agak terhad, kena laaa pandai2 susun atur prabot2 yang ada..ruang tamu + ruang makan + ruang kluarga..tambah2 anak2 plak tengah lasak.suka manjat2.utk elak kemalangan2 yang tak dijangka, adalah elok kita luaskan ruang supaya bebas mereka bergerak..dan yang penting, sofa mama tak rosak, kepala, kaki, tangan anak2 mama tak cedera kan,kan,kan..ari sabtu pun kami lepak kat umah lagik sebab kakak aku dari k.trengganu datang ke KL..otw balik k.trengganu, dia mai singgah umah aku..sembang2, makan2,mandi2, lebih kurang kul 7 mlm kakak n famili bertolak balik ke K.T..ari ahad baru laa kami g KL..tak masuk bandar pun, kami g jusco wangsa maju jer..kat situ ada kedai buku MPH .maklum ajer laaa kalau dah cuti ni memang sah2 laaa kat tengah bandaraya KL tuh sesak2 ngan manusia2..cari2 buku yang nak beli, dapatlaaa.utk anak2 pun ada jugak..round2 dalam jusco jap, makan2 pastu balik laaa apa lagik.hmmm...penat jugak.apa taknye, kena mendukung puteraku itu..slalu macam tu, jalan lama skit dia trus wat hal..nak dukung ngan mama jugak.sian mama, dah laa kecik..x mo dukung ngan abah, katanya x best..anak mama betulll!!!!tak dan nak snap gambar, duk mengawal kenakalan puteraku yang asik main kejar2 ngan kakaknya kat dalam kedai buku tu..haru tul laaa.
Wednesday, May 26, 2010
mana menghilang????sms tak berbalas, FB chat tak jawab...tak kemana-mana...ada kat sini..sajer mls nak tekan keypad hanset..mood malas sedang melanda..sebab dah terlampau rajin sejak minggu lepas hingga laa semalam...hahahahahaaaa..nak membebaskan diri dari mood rajin jap..esok pun rasa mcm malas jerk..coz lusa nya cuti wesak..wahhh best2..En. HB dah ajak g KL weekend ni..so jangan lepaskan pluang keemasan ini..bukan nak shopping sakan tau..kami nak g beli buku..kat bentong ni takdok kedai buku yang best..x banyak buku yang best2..PTS Publication ada wat jualan murah buku2 terbitannya weekend ni..insyaAllah kalau sempat nak jugak menyinggah kat gudang buku PTS kat Batu Caves.SUSOH TAU NAK NGAJOK CIK ABE AMBO NI G DERAK KL.KALU DIA DAH AJOK TU HAAA SETUJU AJE LAAAA....JGN BANYAK SONGEH DAN KARENAH YOOO..KANG TAK PASAL2 DIA KANSEL..
Monday, May 24, 2010
....................untitled................
wahhhhhhh...senangnya ati ambo ari ni.semalam bz bangettt..ari ni freeee bangetttt...boleh laaa nak bersenang lenang, mencuci-cuci mata tengok baju2,tudung2 kat kedai online..cuti sekolah akan datang ni ambo skeluarga balik klate..balik pada minggu kedua cuti skolah..duk berangan2 dah nak rembat tudung yang dah lama berkenan di hati..harap2 ada warna dan saiz yang sesuai..hmmmm.kalau tak keciwa laaa ambo..
Thursday, May 20, 2010
terkilan,sedih,kecewa,hampa
hari ni bertugas di kaunter...masa nak naik ke unit kewangan, melalui bilik seorang penyelia.ada seorang ayah, anaknya, penyelia 1 dan penyelia 2..terdengar mereka menyebut pasal kpli.terdetik di hati pastinya tujuan kedatangan pakcik tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan untuk anaknya..mungkin untuk memohon untuk jadi cikgu atau menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..mudahnya kan????pabila mak ayah mengenali seseorang yang berpengaruh untuk menolong mereka memudahkan laluan anak masing2 untuk mengejar cita2 mereka..hati ini menangis...ntah laaa..terlalu mudah tersentuh dalam hal2 guna kabel ni..kalau mak ayahnya cikgu yang ada nama dan pangkat, peluang utk dapat tempat dlm apa2 kursus utk jd cikgu pasti sangat besar..bukan khabar angin yang didengar tapi realiti yang berlaku di depan mata..itu baru cikgu belum lagi jawatan2 lain..golongan yang takde kabel ni hanya bergantung,berharap pada Yang Maha Esa.yaaa..yang pasti kami yakin dengan janji Mu ya Allah..sesungguhnya kami tidak akan sekali-kali jemu berdoa pada Mu.Kami yakini apa yang telah Engkau tetapkan untuk kami adalah yang terbaik buat kami..dan kami amat-amat yakin bahawa ada rahmat dan rahsia di sebalik ketetapan ini...semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur, dan semoga kami bukan tergolong dalam golongan yang kufur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan..Ameeen Ya Rabbal A'lameen.
Wednesday, May 19, 2010
kenangan terindah
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan ku jadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
(separuh dari lirik lagu"Kenang Terindah")
adalah yang terbaik untukmu
kan ku jadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
(separuh dari lirik lagu"Kenang Terindah")
Tuesday, May 18, 2010
berakhir sudah satu ikatan
terima mesej dalam FB dari member yang kerja kat PKB...
"ask? kak diana pe kabar?xxx kt cni alhamdulillah chat..tuk pengetahuan kak diana, xxx dgn suami dh berpisah.bln dpn dia kena bicara sbb lps xxx luar mahkamah.rse sedih jgk tp nk wt mcne kn.. ant xxx dgn dia dh xde jodoh.."
gitu laaa bunyi nyer mesej yang dihantar..terkezut laaa ambo pagi ni..akhirnya..setelah hampir 5 bulan, selesai sudah kesnya..kesian sungguh..pada siapa???semestinya pada anak tunggal mereka..sedih..sangat sedih pabila terkenang wajah anak beliau..wajah yang begitu polos, tak mengerti gelombang tsunami yang melanda kedua ayah dan ibunya..seawal usia mencecah 5 tahun, anak ini sudah kehilangan kasih seorang ayah..semoga dia menjadi anak yang tabah dan matang..setabah hati ibunya.
buat sahabat: semoga apa yang telah kau lalui, jadikan ini satu iktibar dan pengajaran untuk menempuh hari mendatang..kerna pastinya selepas ini akan terbentang jalan yang amat sukar utk kau menelah di mana durinya, di mana selumbarnya..bisa menyakiti hati dan nurani mu..duhai teman, doa ku titip buatmu senantiasa.moga dirimu tabah menghadapinya.
"ask? kak diana pe kabar?xxx kt cni alhamdulillah chat..tuk pengetahuan kak diana, xxx dgn suami dh berpisah.bln dpn dia kena bicara sbb lps xxx luar mahkamah.rse sedih jgk tp nk wt mcne kn.. ant xxx dgn dia dh xde jodoh.."
gitu laaa bunyi nyer mesej yang dihantar..terkezut laaa ambo pagi ni..akhirnya..setelah hampir 5 bulan, selesai sudah kesnya..kesian sungguh..pada siapa???semestinya pada anak tunggal mereka..sedih..sangat sedih pabila terkenang wajah anak beliau..wajah yang begitu polos, tak mengerti gelombang tsunami yang melanda kedua ayah dan ibunya..seawal usia mencecah 5 tahun, anak ini sudah kehilangan kasih seorang ayah..semoga dia menjadi anak yang tabah dan matang..setabah hati ibunya.
buat sahabat: semoga apa yang telah kau lalui, jadikan ini satu iktibar dan pengajaran untuk menempuh hari mendatang..kerna pastinya selepas ini akan terbentang jalan yang amat sukar utk kau menelah di mana durinya, di mana selumbarnya..bisa menyakiti hati dan nurani mu..duhai teman, doa ku titip buatmu senantiasa.moga dirimu tabah menghadapinya.
Monday, May 17, 2010
....rajin....
hmmm.lama dah ambo tak dan nak nulis dalam blog ni.sibuk skit..ada kerja nak kena bereskan..target tarikh siap 20hb dan hantar ke AG 21hb..kalau semua sumber ada dekat ngan kito takpo lah senang kerja...biasa laaa nama lagi manusia..bagi laa tarikh akhir ker, tarikh awal ker..konfem tak tepati..last2 ambo jugak yang kena jawab ngan bos..bos hanya tau tanya dah siap ke belum??kalau tak siap lagi musti tanya..kenapa tak siap lagi???..bila nak siap???..bila nak hantar???(andaian sajer..lom jadik nyata..kekeke)...cuba bos wat sendiri pasti bos tau susah senang nak siapkan benda ni...fening kepala ambo ni...tapi kan..takkan laaa bos tak biasa wat kerja2 kerani ni coz bos dulu pun penah jadik kerani kan..kan..kan.haaa..bos nak balas dendam ek..nak tunjuk "power" seorang bos ek..mayb dulu bos kena truk ngan "ex-bos" bos dulu yer???...hahahaha..merepek dan merapu dah mek na ni...adios...sambung kerja lagik...lalalalalaaaa...
Monday, May 10, 2010
Sunday, May 9, 2010
.....malas.........
ari senin..bangun kol 5.30 am..mlm tadi mata lambat leh lelap..nape ntah..hati berdebar2..dada rasa sempit jer..tak selesa nak bernafas..cuba nak lelap..tetiba rasa ada 'sesuatu'..tersedar semula..mulut tak berenti zikir dan baca ayat Al Quran yang patut..lama2 tu alhamdulillah lena jugak..
now, kepala ada rasa hanyut skit, tekak pun ada rasa perit skit..nak kena selsema ker???tu laaa main ujan lagik..lupa nak bawa payung daaaaa..mitak2 le skejap ajer rasa kurang selesa ni..nak tidooooo jer rasa..tak bleh2.ada kije kena bereskan dulu.(sempat lagi nak selak blog ni dan blog kawan2...blogwalking is a must 'do' everyday!!!)
now, kepala ada rasa hanyut skit, tekak pun ada rasa perit skit..nak kena selsema ker???tu laaa main ujan lagik..lupa nak bawa payung daaaaa..mitak2 le skejap ajer rasa kurang selesa ni..nak tidooooo jer rasa..tak bleh2.ada kije kena bereskan dulu.(sempat lagi nak selak blog ni dan blog kawan2...blogwalking is a must 'do' everyday!!!)
Wednesday, May 5, 2010
hangin betullllll.......
nak marah ni..istighfar dulu..astaghfirullahal azim..3x..duduk, tarik nafas dan hembus dengan perlahan2..alhamdulillah dah reda skit perasaan ammarah tadi..dah laaa panas kat kaunter tadi,banyak cakap plak..mana tak hangin nyer.dah ko pandai sangat layan pelanggan yang datang, ko ajer laaa yang duk congok situ..mana aku tahu org tu dah datang 3 kali ke, 4x ke 10x ke..dah dia bgtau dah tepon bos dan wat temujanji datang kul 2.00++..bukan kerja aku nak selidik yer ker tipu ker..aku on ajer laaa..bukan terus bawa ke bilik bos pun.aku pi tanya bos dulu bleh masuk atau tak..aku bukannye PA bos nak selidik betul ker tak org tu tepon bos...rosak mood aku petang ni..x pasal2 aku dah tinggi suara tadi..seb baik member dah datang, suh aku makan kopok yang dia beli..kalu tak, x brenti laa mulut aku ni bebel..haaa kang dah terserlah aku punya kemarahan..susah wooo nak tengok aku marah...kalau dah nak marah sangat mula mata ni nak banjir..cengeng tul..puas ati aku dapat luah sini..ok...dah..aku nak senyum plak ni..marah2 kang abis berkedut muka aku.(maap entry ni bahasakan diri 'aku' : to show that i'm not in good mood)
.......doa.......
Tuesday, May 4, 2010
sarapan pagi..
Monday, May 3, 2010
....................untitled................
ari senin yang agak blues..akak memulakan tugas bagi bulan mei ni sebagai pegawai khidmat pelanggan..adoi makk.mood ok, so muka manis jer duk congok kat kaunter tu."ye encik, boleh saya bantu?sila tunggu sekejap, saya panggilkan pegawai berkenaan".senyum...senyum dan senyum lagik..cuaca kat luar makin membahang..kat dalam pun panas jugak weiii..aircond rosak maaa..bos!!!bila mau baiki aircond ni???
ari sabtu lepas 1/5/10, ada jemputan kawin bos akak kat sg.choh rawang..hajat di hati memang ler nak g..kalu akak ni single mingle, memang akak redah jer g rawang tu.bukannya makan 2,3 jam perjalanan nak g sana.masalahnya, En.HB ni susah bebenor kalau akak ajak dia g tempat yg dia tak pernah g..takut sesat lah,seribu satu alasan yang dia bagi..kadang2 bengang jugak.dh banyak kenduri member akak x g, dia punya pasal..geram tahap gaban ni..akak malas nak gaduh2 sebab hal2 kecik macam ni.if he said no, it means no..no pujuk2 lagik..kadang2 mati akal dibuatnya..GERAM...GRRRRR...dah tak jadik g kenduri, En.HB ajak g giant batu caves,beli lauk untuk stok seminggu ni..wahaha..x jadik nak marah lama2..anak2 lagi laa melompat kesukaan sebabnya...dapat main kat playground kat dalam giant tuuuu...
*kid with red dress is not mine..mine are the girl with the pink dress and the boy besides her.
Friday, April 30, 2010
bukan tak sudi...tapi...
poyo jer entry kat atas tu kang???...kepada 'izmar' (bukan nama sebenar)akak bukan tak sudi nak jumpe ngan awak..tapi..awak paham2 ajer laaa yer.akak tahu awak memang faham.sebab tu la kita bleh jd kawan sampai la ni..tapi serius cakap ngan awak,akak nak g lawat budak opis ni kat spital..cian dia demam panas.dah 2 hari kat wad tu..insyaAllah di lain waktu kita jumpa lah yer..akak tak berapa suka kalu pertemuan yang di atur2..kalau mcm terserempak tu yang best..dramatis skit kan???cofirm akak tak bleh nak lari dari awak.hahaha...wat ever laaa mc na wei..ngaku ajer laaa mc na nk lari dari 'izmar'(bukan nama sbenar).jangan marah yer...
Thursday, April 29, 2010
Raudhatus Sakinah
pernah dengar pasal raudhatus sakinah atau lebih dikenali sebagai RS??.RS merupakan sebuah rumah perlindungan anak2 remaja yang rosak akhlak dan mengandung anak luar nikah.RS dikelolakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).masa akak kerja kat KL dulu, akak aktif dengan JIM ni.tapi malangnya lepas kawen, akak dah lama terputus hubungan dengan aktiviti2 JIM ni...tapi masih setia mengikuti perkembangan2 JIM dan RS melalui email yang dihantar oleh rakan2 JIM Gombak..akak pernah mengikuti beberapa aktiviti yang melibatkan anak2 remaja di rumah perlindungan RS ni..rata2 yang menghuni rumah ini adalah anak2 remaja belasan tahun dan awal 20-an..seingat akak, pernah ada remaja semuda usia 12 tahun yang menjadi penghuni RS.bila kita berada bersama-sama anak2 ini, melihat wajah2 mulus mereka,rasa macam tidak percaya yang mereka boleh terjebak dengan gejala2 sosial dan zina..akibat bahana cinta, nafsu yang tidak terdidik, lemahnya iman, mereka hanyut dengan godaan2 dan keseronokan duniawi..sebahagian besar mereka terlanjur dengan teman lelaki.betapa mudahnya anak2 gadis ini dibuai dengan mimpi2 indah cinta palsu ciptaan mereka..seorang bekas penghuni RS yang telah menjadi anak angkat kepada kakak usrah akak, pernah bercerita bagaimana dia telah terjebak dengan dosa zina ini sehingga dia mengandung anak luar nikah..masa tu dia baru lepas STPM. teman lelakinya adalah orang Sabah yang beragama kristian, tauke kedai judi dan kelab malam..pernah suatu ketika dia ikut bf dia ke kelab malam dengan pakai baju kurung dan pakai tudung..berkenalan tak lama tapi bleh smpai ke bilik tido.dia tahu apa yang dia buat tu dosa tapi kerana chenta dan sayang, dia buat tak tau.bila dah termengandung,lelaki tadi balik sabah...tinggallah dia seorang diri..bila nasi dh jadik bubur, baru laa dia sedar dia telah diperdaya..demi menyelamatkan dirinya, keluarga hantar ke RS. kat RS dia selamat melahirkan bayi lelaki dan bayi tersebut diserahkan kepada keluarga angkat.dia bagitau akak, dia tak boleh tengok anaknya tu dan memang dia tak nak jumpa dengan anaknya itu kerana wajah anaknya itu mengingatkan dia kepada lelaki durjana yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidupnya...banyak tul 'nya' kat ayat tu...budak2 universiti pun ada jugak yang masuk RS.cian tengok mak bapak yang datang menyerahkan anak mereka untuk jagaan RS..itu tahun 2003,2004 dan 2005...sekarang ni lagi laaa macam2 yang berlaku kat anak2 remaja kita.yang lelaki cara lelaki..yang perempuan cara perempuan.takut, gerun dan macam2 lagi perasaan bila memikirkan anak2 sendiri kelak.dapat kah anak2 kita ini menjadi seperti kita laaa sekurang2nya...tidak terjebak dengan perkara2 yang tidak baik.na'uzubillahiminzaalik..
kembali
akak dah kembali..sebenarnya ari rabu lagi akak dah masuk opis..dont have much time to post something in my blog..sibuk skit ngan kerja2 yang ada atas meja..tinggal dua ari jer dah bersusun kertas.ari ni tak banyak kerja.laporan dah cetak, baucar dah cetak dan dah difailkan..sekarang masa untuk menyelak2 blog akak dan blog kawan2..rumah pun akak tak sempat nak kemas lagi..insyaAllah ari minggu ni ari untuk mengemas rumahku yang agak semak sikit tu..huhuhu..seronok ker balik kg???..seronok dapat jumpa both of our family.anak2 pun seronok dapat main ngan sepupu2 diorang kat umah tok ma nya.kat umah ma ada family gathering, tapi tak semua ada.ma jemput anak sedaranya yang baru kawen datang umah.kami wat nasi ayam untuk jamuan malam tu..kat umah mek mcm biasa, tak meriah sangat.tapi ok jugak, satu rumah meriah ngan anak cucu yang ada dan satu rumah lagi sunyi sepi..seimbang..seronok dapat tengok anak getah yang En.HB dan ayah tanam hidup subur,.pelaburan di hari tua kami..kami tengah usahakan tanaman semula pokok getah.projek ni kami mula wat bulan Mei tahun lepas...hampir setahun,alhamdulillah anak2 getah tu hidup subur..nanti layan gambar kebun getah kami yer..taklimat ari selasa tu berakhir hampir jam 2.00ptg..alahai..ptg tu jugak kami balik bentong..penat betul..cian En.HB ..alhamdulillah kami sampai bentong jam 11.30 mlm..alhamdulillah anak2 tido sepanjang perjalanan..sampai umah pun depa tido lagi..pagi esoknya baru laa depa bangun..akak bleh update blog kat opis ajer..PC kat umah En.HB hangkut pi skolah dia..nak siapkan tesisnya.kalu kat umah memang takleh nak wat..kena kacau ngan anak2..nanti sambung lagik yer..
Thursday, April 22, 2010
balik kampung.
minggu depan akak balik kg.bukan suka2 nak balik tau..cuti rehat akak dah tinggal sket jer lagi.balik atas urusan pejabat.semalam dapat surat dari jabatan.kpm akan adakan taklimat pelaksanaan sistem bayaran pukal bagi sekolah dan institusi pendidikan di bawah kpm..bila tu?27 April ni..ari selasa.akak kena g ganti bos akak.bos cuti kawen masa tu..wat kat sm sains tengku muhammad faris petra pengkalan chepa.seb baik jugak wat kat klate, bleh lojing kat rumah ma..eh,bleh ker?rasanya sah2 kena lojing kat rumah PIL coz En.HB pun kena ikut balik jugak...takkan dibiarkan istri kesayangannya ni berderak sorang2(sebenarnya sape yang nak jaga putra-putri kami tu kalau akak balik sorang2 ke klate???)maunya 2 hari 2 malam putra-putriku itu meraung2 nak ikut mama..maunya En.HB ku itu calling2 suh patah balik semula ke bentong tak tahan melayan krenah anak yang meraung2 nak ikut..akak dah tau pe'elnya tu..agak penat juga.lepas abis taklimat trus kena balik bentong.+/- kul 1.00 tghari baru bleh bertolak balik ke bentong.sah2 smpai bentong malam..takper laaa akak "yang menurut perintah" ni akan melaksanakan tugas dan arahan dengan penuh dedikasi...ok gak sebab bleh laaa akak intai2 dan beli2 apa2 benda2...seronot bleh balik kg.
Wednesday, April 21, 2010
sajak
Kita...hakikatnya lelaki
Ujar lelaki, wanita itu lemah Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ..kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh
Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat..di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita.... Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Bismillah tawakkaltu ‘ala Allah Allah yubarik fik
By:Abdullah Dari Jeram Pasu
Ujar lelaki, wanita itu lemah Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ..kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh
Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat..di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita.... Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Bismillah tawakkaltu ‘ala Allah Allah yubarik fik
By:Abdullah Dari Jeram Pasu
muka baru...
tadaaaa..bukan muka akak yang baru..tapi template blog ni yang baru..terima kasih kak su atas tunjuk ajar dan perkongsian ni..nanti ada apa2 yang baru sebar2kan kat saya lagik yer..
Monday, April 19, 2010
Destinasi Pertama Sebagai PT (Kew) W17

ini laaa politeknik kota bharu.bangunan ni menempatkan pejabat pengarah, timb pengarah,unit2,pejabat pentadbiran dan kewangan dan juga jabatan2 bagi kursus pengajian yang ditawarkan kat poli ni..ini laaa tempat penempatan pertama akak sebagai pembantu tadbir kewangan W17 pada 18 Jun 2008..bermula kehidupan akak sebagai kerani.org kg dapat tahu akak kije kat poli..so diaorg ingat akak jd pensyarah kat situ..how many times to explain maaaaa...akak kerani ajer...ada ijazah kije kerani jer????tang2 tu jugak rasa ringan jer mulut nk bg jawapan yg kaw2 punya...tapi akak yang masih waras ni tahan jer perasaan...tambah2 akak dan anak2 duk ngan PIL..tapi kengkadang terlepas jugak amarah ni...biar laaa org tu tua ker muda ker, akak pun ada tahap kesabarannya jugak.asik2 HB ckp sabar ajer..sabar aje..hehehe..dia duk jauh dari akak, apa dia tahu.tension sangat2 masa tu..nasib baik member yang sama2 lapor diri pun lepasan degree jugak..dan ada kerani N17 kat situ pun lulusan degree jugak..so ada laaa jugak tmpt nak discuss2 kita org punya mslh..nasib baik laaa kakak2 kat opis baik2..tak laaa mulut laser nak menyindir2 kami yang kerani berlulusan ijazah ni..ada jugak yg mengata, tapi dah SPP yang pilih kami.kami ikut prosedur mcm org lain jugak.takde guna2 kabel pun, dah rezki kami so, dapat laaa.ada jugak yg cakap kami ni dah mencuri peluang lepasan SPM yg lain utk isi jawatan sebagi kerani...allo...kitaorg pun guna sijil SPM jugak..dah peluang ni yang datang dulu, ambik ajer laaa..apa salahnya mulakan dari bawah dulu..pastu duk bising2 kata siswazah memilih kerja.dah kita dapat kerja kerani pun nak bising jugak..memang laa manusia,tak pernah puas nak mengata2 org,serba tak kena.sorry yer..emosional skit,...dah lama terbungkam kat dalam ati ni..nak mengadu takde sape yang nak mendengar...tulis ajer kat dalam blog ni..puas hati akak.nak balas dendam pun ada ni...dah lama sesangat akak meninggalkan hobi akak ni...kat poli akak banyak belajar kerja2 perkeranian dari kakak2 senior yang lain.selain hal2 kewangan, akak amik tau jugak hal2 perkhidmatan.stakat ni semua xzam jabatan dan perkhidmatan yg akak amik, lulus.tinggal lagi PTK sebab akak tak layak amik lagi. belum disahkan dalam perkhidmatan..tak sabar sebenarnya nak test power xzam PTK ni.nak merasai susahnya nak lepas aras IV bagi dua2 bahagian...blan 11 2009 merupakan bulan terakhir akak berkhidmat di pkb..akak dapat tukar ke ppd bentong, dan memulakan tugas di tempat baru pada 1 Dis 2009..i'm back to bentong again!!!!...u r not alone anymore my dear En.HB....million of thanks to all my friends @ pkb : k.rusyati, ainee, k.syella, pia. k.nik, k.ida, syuhada, lela, cc mas rashid, cik na PA W32, k.ja, miza, k.zah, k.zana, abe sol, zaini, wahyu, k.zaida, k.zaidah, atikah, k.long. k.zira dan lain2.
pegawai khidmat pelanggan cum kerani kewangan
yuhu...semalam akak kena jaga kaunter..part keja yang paling akak tak suka wat..suka tak suka kena jugak.biasa laa kalau dah jadi "yang menurut perintah" ni..muka harus manis gitu :) baru la pelanggan tak komplen..nak wat pengumuman skit ni...wahai rakyat jelata...untuk sekian kalinya akak sekali lagi "kurang bernasib baik" dalam perjuangan menempatkan diri untuk mengikuti KPLI ambilan JUL 2010.ini dah kali ke 8 akak pohon..mana taknya, calon yang mohon 68000 ++, kekosongan kat maktab hanya 1800 ajer....sedih?kecewa?hampa?marah?terkilan?tipu laa kalau akak cakap takde..tapi insyaAllah akak dah ready menghadapi kegagalan demi kegagalan dalam perjuangan tersebut..kerana ini dah kali ke 8 dik..senyum itu penawar duka :) at least akak dah kerja tetap,dah keja ngan gomen, takpo laaa jadik kuli pung,janji rezki halal insyaAllah.masa g exam MTEST ari tu jumpa laa ngan kawan2 masa kat U dulu.masih takde kerja tetap..haaa, diorg lagi kesian kan,kan,kan...sekarang ni akak duk teropong,skodeng,intai peluang2 sambung blajar..degree akak pun mcm tak laku jer..insyAllah kali ni nak study kaw2 punya.HB pun dah bagi green light and support suh sambung blaja..lapang dan tenang skit kepala akak dan perasaan yang gundah gulana akak ni.biar satu dunia tahu akak tak sedey pun tak dapat kpli tu...dan biar satu dunia tahu, akak hepi ngan kije akak sekarang ni..kepada org2 kampung akak, org2 kampung HB akak, akak nak korang tahu bukan kita yang tentukan rezki kita,itu semua Yang Maha Berkuasa yang tentukan semua..akak dan korang2 semua hanya berusaha dan bertawakkal..so bila akak balik kg nanti udah2 ler tanya akak dapat jadik cikgu tak?nanti tak pasal2 akak bom2 korang..hehehe..(geram punya pasal ngan mulut org2 kg)tu la pasal akak malas nak duk kat kg.tmbah2 kat umah my PIL...ampun HB yer..kepada kawan2 seperjuangan, jgn putus asa, lain tahun kita cuba lagi...cayok2.
Wednesday, April 14, 2010
memories...
baru terima satu mesej dari seorang sahabat baik..nak kongsi kat blog ni
"Tegur saya jika saya mulai
"Tegur saya jika saya mulai
Sunday, April 4, 2010
hari minggu..
hari sabtu:jam 0730 kami sekeluarga main badminton kat dewan pejabat hutan lentang..anak2ku yang paling teruja nak main.dah lama tak bersukan.lepas main ngan my hubby aku main kejar2 plak ngan anak2.masih berstamina rupanya aku.rasa segar badan..toksin2 dah keluar melalui peluh..lepas tu kami g sarapan kt utan lipur lentang..balik rumah, operasi membersihkan laman rumah, dan berkebun plak..maklumlah dh 2 minggu tertangguh gara2 balik kg..my hubby tanam cili dan terung kat belakang rumah..cili kami dah berbuah...seminggu dua lagi leh laa petik cili tu..
hari ahad:ari ni tak main badminton.kami ke restoran TMK kat bentong untuk sarapan..anak2 nak makan roti canai..anak2ku panggil kedai amak-amak...puas aku betulkan sebutan tu "kedai mamak"..tapi kedai amak-amak jugak yg keluar..apa2 laa kakak n adik..pastu kami ke TF cari lauk utk masak tghari n malam n untuk stok seminggu ni..ptg g sekolah hubby n round2 kat hutan lipur lentang n kolam air panas kt jln lama bentong-kl.syok skali skala amik angin kt luar..dekat ngan umah jer..maklumlah aku menghuni di kuaters jabatan hutan lentang..persekitaran yang sungguh nyaman.dikelilingi pokok2..deruan air sungai dan bunyi-bunyian unggas melatari kehidupan kami di bumi lentang.
hari ahad:ari ni tak main badminton.kami ke restoran TMK kat bentong untuk sarapan..anak2 nak makan roti canai..anak2ku panggil kedai amak-amak...puas aku betulkan sebutan tu "kedai mamak"..tapi kedai amak-amak jugak yg keluar..apa2 laa kakak n adik..pastu kami ke TF cari lauk utk masak tghari n malam n untuk stok seminggu ni..ptg g sekolah hubby n round2 kat hutan lipur lentang n kolam air panas kt jln lama bentong-kl.syok skali skala amik angin kt luar..dekat ngan umah jer..maklumlah aku menghuni di kuaters jabatan hutan lentang..persekitaran yang sungguh nyaman.dikelilingi pokok2..deruan air sungai dan bunyi-bunyian unggas melatari kehidupan kami di bumi lentang.
Wednesday, March 31, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)






